Wednesday, May 28, 2008

Kursus Kepimpinan Asas (Belia Tidak Berpesatuan)











Telah dilaksanankan pada 23 hingga 25 Jun 2008 Bertempat di Centuary Beach Resort, Cherating, Pahang. telah disertai Oleh 40 orang Peserta.

Monday, May 26, 2008

Klinik Grafiti Sabak dan Sg Besar




PJKN Sabak Bernam










Aktiviti Di Gunung Senyum, Bersama Persatuan Pengakap Sg Besar






Xplorace Rakan Muda Sg Besar 4Vov2007










Rakan Muda 7 Gaya Hidup



VISI
Ke arah pembentukan remaja cemerlang lagi gemilang yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara serta mempunyai kualiti peribadi yang tinggi dan berdaya saing.




MISI
Melahirkan remaja yang berdisiplin, bertanggungjawab, prihatin, mahir, dinamik, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya, patriotik, sentiasa berkhidmat dan daya juang yang tinggi dan berfikiran positif.





Rakan Muda Sabak Bernam



Pengenalan
Program Rakan Muda merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ). Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial, budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara. Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap. Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang diberi penekanan oleh kepimpinan negara




Di Daerah Sabak Bernam, Dua orang Penggerak Rakan Muda bagi setiap kawasan Sg Besar dan Sabak.





Penggerak Sg Besar Ialah Cik Norazimah Bt Yusop.


Penggerak Sabak ialah Cik Norhaslinda Bt Abdul Ghani.

p/s * untuk menjadi ahli kelab rakan muda Sabak dan Sg Besar boleh mendapatkan borang di PBSD, untuk memiliki Kad Keahliaan sila mendaftar di laman website http://www.2-u.com.my/.

HARI BELIA & MINGGU BELIA






SAMBUTAN HARI DAN MINGGU BELIA NEGARA TAHUN 2008

Kerajaan Malaysia telah menetapkan tarikh 15 Mei sebagai Hari Belia Negara dan Majlis Sambutan/Perhimpunan pada hari tersebut adalah merupakan Program Induk Kementerian. Majlis Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan ini diadakan dengan menekankan kepada penglibatan masyarakat dan belia dalam aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan khususnya seperti khemah kerja, khidmat masyarakat dan gotong-royong bersama pemimpin-pemimpin utama negara. Di peringkat negeri pula akan diadakan biasanya pada minggu ke 3 atau ke empat dalam bulan Mei dengan berpandukan konsep yang sama.

Tujuan utama program ini diadakan adalah:-


* Untuk menyemarakkan belia-belia dengan program-program kegemaran mereka dan bagi melahirkan sensitiviti dan komitmen belia-belia dan masyarakat pada tarikh 15 Mei.
* Untuk memberikan publisiti dan pengiktirafan yang lebih meluas terhadap pemimpin-pemimpin kanan kerajaan dan masyarakat belia dalam melaksanakan program-program pembangunan belia ke arah pembangunan negara.
* Untuk mewujudkan belia-belia yang berilmu dan bermaklumat dengan memperbaharui ikrar dan tekad ke arah pembangunan diri dan negara sebagai asas kepada pemimpin masa depan.
* Untuk memberi kesedaran kepada golongan belia bahawa kerajaan mengambil berat tentang peranan mereka di dalam membangunkan negara ini.

Pada 15 Mei 2008, PBSD Sabak Bernam telah menghantar sebanyak 14 buah bas iaitu seramai 550 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menegah kawasan Parlimen Sabak & Sg Besar,Pelajar Giat Mara, dan belia-belia dari 5 mukim Daerah Sabak bernam, iaitu Mukim Sabak, Mukim Sungai Air Tawar, Mukim Sg Panjang,Mukim Pasir Panjang dan Mukim Sekinchan.