Wednesday, July 1, 2009

KEMERIAHAN 2 JULAI 2009

Tanggal 2 Julai 2009, satu Majlis Sambutan Hari Lahir Staff Pejabat iaitu Pn. Hajah Aisyah(2 Julai) dan juga Cik Norazimah (4 Julai) skaligus meraikan hari terakhir pelajar praktikal di Pejabat Belia ini iaitu Cik Nur Fatihah. Majlis yang diadakan dikalangan staff PBSD itu memberi seribu satu makna kepada semua dan meninggalkan kenangan kepada semua terutamanya kepada Fatihah yang akan menghabiskan praktikalnya pada 3 Julai ini..

Gambar sekitar majlis tersebut....




Sunday, June 28, 2009

Rakan Masyarakat

Tarikh : 28 Jun 2009 (Ahad)

Tempat : Perkarangan Surau Al-Ikhsan, Kg Tebuk Pulai







Program Melibatkan Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Penggerak Rakan Muda Kawasan Sabak Bernam dan Kelab Rakan Muda Kawasan Sabak Bernam dan juga Kelab Belia Giat maju Tebuk Pulai.

Program ini telah sempurna ditrasmikan oleh Y.B Tuan Abd Rahman Bin Bakri.

Antara pengisian program ini adalah menyampaikan sedikit sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal di Kampung Tebuk Pulai selain itu juga sukarelawan rakan muda telah bergotong royong bersama-samam penduduk kampung membersihkan Surau Al-Ikhsan.

Karnival KoKurikulum Rakan Muda Sekolah di SBPI

Pengenalan

Rakan Muda sekolah di Daerah Sabak Bernam melibatkan 17 buah Sekolah Menengah keseluruhannya, program ini melibatkan dua kementerian bekerjasama bagi memantapkan lagi aktiviti rakan muda dan kokurikulum pelajar sekolah menegah di Malaysia khususnya dua kementerian terbabit adalah Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.