Wednesday, July 1, 2009

KEMERIAHAN 2 JULAI 2009

Tanggal 2 Julai 2009, satu Majlis Sambutan Hari Lahir Staff Pejabat iaitu Pn. Hajah Aisyah(2 Julai) dan juga Cik Norazimah (4 Julai) skaligus meraikan hari terakhir pelajar praktikal di Pejabat Belia ini iaitu Cik Nur Fatihah. Majlis yang diadakan dikalangan staff PBSD itu memberi seribu satu makna kepada semua dan meninggalkan kenangan kepada semua terutamanya kepada Fatihah yang akan menghabiskan praktikalnya pada 3 Julai ini..

Gambar sekitar majlis tersebut....




Sunday, June 28, 2009

Rakan Masyarakat

Tarikh : 28 Jun 2009 (Ahad)

Tempat : Perkarangan Surau Al-Ikhsan, Kg Tebuk Pulai







Program Melibatkan Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Penggerak Rakan Muda Kawasan Sabak Bernam dan Kelab Rakan Muda Kawasan Sabak Bernam dan juga Kelab Belia Giat maju Tebuk Pulai.

Program ini telah sempurna ditrasmikan oleh Y.B Tuan Abd Rahman Bin Bakri.

Antara pengisian program ini adalah menyampaikan sedikit sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal di Kampung Tebuk Pulai selain itu juga sukarelawan rakan muda telah bergotong royong bersama-samam penduduk kampung membersihkan Surau Al-Ikhsan.

Karnival KoKurikulum Rakan Muda Sekolah di SBPI

Pengenalan

Rakan Muda sekolah di Daerah Sabak Bernam melibatkan 17 buah Sekolah Menengah keseluruhannya, program ini melibatkan dua kementerian bekerjasama bagi memantapkan lagi aktiviti rakan muda dan kokurikulum pelajar sekolah menegah di Malaysia khususnya dua kementerian terbabit adalah Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.



Monday, June 22, 2009

Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT UNISEL di Kampung Sungai LImau, Sungai Besar

program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini, memberikan impak kepadakampung Sungai Limau dan Peserta yang terdiri dari Mahasiswa dan mahasisiwi UNISEL, ketibaan pada 19 Jun disambut dengan meriah oleh penduduk kampung terutama JKKKP Kg Sungai Limau dan Kelab Belia Bakti Sungai Limau, acara perasmian telah di laksanakan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam dan Majlis Penutup dan Penyerahan Semula Anak Angkat telah disempurnakan oleh, Yang Berhormat Puan Noriah Binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merangkap Ahli Parlimen Sg. Besar pada 21 Jun 2009.


Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam mengucapkan ribuan terima kasih kepada kampung Sungai Limau, Kelab Belia Bakti dan peserta serta individu yang telah menjayakan Program RMWD IPT Daerah Sabak Bernam 2009 ini.






Thursday, June 11, 2009

HARI BERTEMU BELIA






Hari Bertemu Belia pada bulan Jun diadakan di Parit 3 Sg. Haji Dorani sekaligus dengan Program KRT iaitu "KEMPEN JIRANKU KELUARGAKU DAN PERTANDINGAN MEMANCING KRT PARIT 4 SG. HAJI DORANI".

Tuesday, June 9, 2009

SEMINAR KEPIMPINAN WANITA

Tajuk Seminar : Seminar Kepimpinan Wanita

Tempat : Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson

Tarikh : 12 Jun - 14 Jun 2009

Peserta : 40 orang (18 hingga 40 tahun) wanita sahaja

Sesiapa yang berminat boeh menghubungi PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SABAK BERNAM di 03 - 3224 2504(pejabat)

Program di APBM terbuka kepada Belia Sabak dan Sg Besar


Hubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam untuk ke
Kursus Pengurusan Program.


Kursus : Pengurusan Program

Tarikh : 29 Jun hingga 2 Julai 2009 (Isnin hingga Khamis)

Tempat : Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Port Dickson.

telefon : 03 - 3224 2504 Pejabat/ Syazwan : 017 - 68501706

untuk penyertaan 40 orang peserta.